Assalamualaikum,
al-kisah ni aku terima dr hamba ALLAH..
teman baikku.
terimalah 'kasihku' sebab sanggup kongsi dgn saya cerita2 ni..
saya syg awak sangat2
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.
Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang
di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat disebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat disebelah kanan,
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.
Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,
apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,
sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t
bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya
yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau
macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah
rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya
hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Wallahualam…
0 gosip:
Post a Comment