i will try MY bEST ... !! CAYOK2

Wednesday, August 31, 2011

nk jalan jauh2 solat mcm mane??

diposkan oleh mya fathira tyrex at 8/31/2011 08:08:00 PM 0 gosip

PANDUAN SOLAT JAMAK DAN QASAR

sekdar nk berkongsi ilmu la ...
almaklumlah... nk raya ni mesti ramai yg balik kampung la g mane2 la... dan ianya lebih dr 2 marhalah (dlm 90km++ yg usatazah aku
pernah ckp kt aku dulu la time skola dulu2)
so aku pun kdg2 terlupa jgk yela jrg aku nk wt solat jamak ni paling2 pun qasar yg agak kerap. so aku nk kongsi la ilmu2 ni yela kan nk beraya byk tmpt, masa x cukup jem lg x yah nk kate la.. so ini mungkin dpt membantu dlm melancarkan raya anda! :)
daripada : tulip-obsesi.blogspot
PENGERTIAN JAMAK


Solat jamak ertinya mengumpulkan dua solah dalam satu waktu
misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu

1. jamak taqdim

* solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor
* solat magrib n isyak pada waktu maghrib


Syarat jamak taqdim

* hendaklah dimulai solah yang punya
waktu, ertinya lakukan zuhur dari asar dan magrib dari isyak
* Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbirratul ihram atau ditengah2 solat selama mana ia belum memberi salam
* muwalat (berturut-turut) di antara solat yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solah, maka hendaklah solah pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
2. Jamak Takkhir

* Melaksanakan solah zuhur dan asar pada waktu asar
* Solah maghrib dan isyak pada waktu isyak

Syarat Jamak Takkhir

* Berniat hendak mentakkhirkan solah yang pertam
a pada waktu
kedua
* Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua2 solah

Peringatan

Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat iaitu hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak.

Solah jamak takkhir ini tidak diisyaratkan tertib yang
mana dahulu dan yang mana kemudian. Oleh itu apabila tiba masanya untuk mengerjakan solah jamak takkhir, maka boleh didahulukan solah
zuhur atau asar. Begitu juga halnya dengan jamak takkhir solah maghrib dan isyak.

PENGERTIAN QASAR

Ertinya memendekkan solah dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solah yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat zohor, asar dan isyak.

Solah jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan pabila seseorang lebih dari dua marhalah


Syarat-syarat Qasar

1. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah
3. solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam masa takbiratul ihram

Niat solat

Usalli fardal zuhri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala




Usalli fardal asri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala



Usalli fardal isyai rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solah fadu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala




5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolah taman (sempurna)
6. hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang ditujukan itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. berkekalan perjalanannya sehinga sempurna solah
8. Ia tahu bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan solah qasar


Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. walau bagaimanapun, ia boleh memilih di antara satu yang berikut:

1. menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
2. menjamakkan dua solat fardu dan qasar
3. mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


* solat jamak dan qasar ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
* Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
* Akhir musafir ialah apabila kita mamasuki kawasan permulaan musafir tadi.
* Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi sekiranya hendak berhenti disitu selama 3 hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
* Kemudahan solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kampung yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada wal kedua-dua solat dan diantara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau dipertengahan solat yang kedua.


Niat solat jamak qasar

1. Niat jamak taqdim dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuann ilal asri adaan lilahitaala

-sahaja aku solah fardu zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahitaala

-sahaja aku solat fardu asar dua rakaat kerana Allah Taala

2. Niat jamak taqdim dan qasar: magrib-isyak


Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihil isya’u lillahitaala

-sahaja aku solah fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala.

Solat magrib tidak boleh diqasarkan.Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib-isyak sama dengan jamak taqdim zohor-asar. Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut:

Usalli fardal isyai rakaataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

3. Niat jamak takkhir dan qasar: zuhur-asar

Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuan ilal asri adaan lillaitaala

-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada asar tunai kerana Allah Taala

Selepas memberi salam maka iqamat sekali lagi tanpa mennagguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut

Usalli fardal asri rakataini qasran lillahi taala

-Sahaja aku solat fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

4. Niat jamak takkhir dan qasar: magrib-isyak

Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihi isyau lillahi taala

-sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat seperti berikut

Usalli fardal isyai rakataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saturday, August 20, 2011

comel

diposkan oleh mya fathira tyrex at 8/20/2011 11:08:00 AM 0 gosip
dlm byk2 video klip korea,
aku sgt3.. suka v. klip yg nie..
walaupun dia gedik (kdg2 aku rase aku pun gedik mcm tuh jgk)
tp enth hahah aku suka sbb simple je..

Thursday, August 18, 2011

hari presentation

diposkan oleh mya fathira tyrex at 8/18/2011 08:17:00 PM 0 gosip
salam. masih x terlmbt lg utk AKU UPDATE... utk edisi ramadhan punya belog...
bkn pe... mse 1st rmdh tuh dh wt da cte yg best2 tup.. ade bende yg x kena trus x jd nk post...

huhu so hehe selamat berpuasa dan bertarawih....

baca doa bebuka nie jgn trus belahap je tau le lapo



haaa... ni haaa pak cik ni x laen x bukan time pose / raye je mesti dia fames kalah fames ames ngan cip achoy hha...
ayat dia" ..dari duli yg maha mulia... telah perutus kn bla2.. esok puasa...! haha itu
itu jekot yg aku rase hah da x igt la almaklumlah
puasa petama ari tuh TV bru je smpai umah..hehe

ok. saje nk cite n kongsi2 cte aku pd ari ini.
arini aku kene wat case presentation..
aku wat fracture teeeettt..
ade la..

aku punya slide mmg xde bgus mane... mmg byk la kurangnye...
ade yg tulis ROM nk tulis flex. kene tulis flex through elevation bagai...
pergh.. mane la aku tau kne tulis cmtu...
mcm2 lg la kene kondem...
kau bygkn ko sorg2 duk depan fisio2 senior pastu dorg tgu nk attack ko dgn pelbagai soalan
klw soalan mcm artis xpe gak blh lg no komen. no komen tp ni
fakta n realiti.. kau nk tipu ape?
pergh bak kate fisio aku dlu..
"nk goreng biar masak jgn seoaruh masak.."

perh aku msih lg igt ayat tu
aku rase wafi msih lg igt ayat tuh..termasuk rakan seperjuagan yg laen..
tp utnk presentation kali ini aku x kesorgn tp kwn aku pun kne wat jgk pd hri yg lain cume present lain2 case.
ok stop.
nk tnye sket blh?
anyone yg tau nk mesure swelling around the elbow please bg tau sy caranye..
sbb da cari mcm s jmpe je.. klw tau ke bg tau eh.. kita share2 ilmu..
ok full stop


next story.
skrg kisah bazar.
yaAllah sabar jelah dgn org kt sni...
bazar kt sni xde la seindah bazar yg ade kt area rumh aku tuh.
sni bazar dia umpama pasar mlm yg wujud setiap petang.
tp...
yaAllah nk cari parkingnye kemain ssusah.. ok jup
actly xde la ssh mane pun cume..
bkn nk ckp pe la tp ade jgn perangai org yg "aty KERENG"
aku punya la setia menunggu nk masuk prking belakang kereta hamba Allah sorg ni tetibe dtg la..
"manusia ati kereng" ni celah dpn aku.." namenye si kancil.
aku rase naik panas kot lampu signal aku duk bg dr td nk msk kiri..
kau pun agak2 la.. tetibe je cross dpn aku, pastuh siap blh siap buat reverse lg dpn aku nyot nyet2.. reverse lps je kete yg aku nk msuk parking tuh kuar terrrruuusss je dia pusing masuk tmpt parking yg aku nk msk tuh..
mmg aku HOOOONNNNN R...
agak2 r brader..
haih dah de nak bini pun nk wta cmni..
kau x perasan ke aku kt blkng ni tercenguk tguu mcm nk tgu durian runtuh...

mmg aku jeling habissan r.. nsb bek kete tepi dia tuh tetibe nk kuar parking so aku pun amik la
parking seblh kete "aty kereng" tuh...
aku rase nk je amik kunci kete tuh goressss aje kete dia..
tp sabar je igt HOD aku kate klw kita blas same ngan ape yg dia penh wta kt kita,
same jela prngai kita dgn.. so...
xpela.. redha je.. blh pose tuh kn..

balik pulak.. aih same time pulak dgn "aty kereng" tuh
aku rase mcm nk slow talk je dgn abg/ isteri dia kate tgk la org sekeliling dlu sblm msk parking
manela tau dia dh tgu parking tuh dri tadi....
tp.. x aku mls nk layan. cukup la sekadar aku hon dia td. tah dia prasan ato idok...
tatau le kome.....
dh la
salam selamat berpuasa...


Monday, August 15, 2011

action

diposkan oleh mya fathira tyrex at 8/15/2011 09:20:00 PM 0 gosip

u penat la i cmni,
i tau u tga suffer,
tp u bwat cmnie lg la i letih.
seriously i,
unable to aspect what u gonna do after this.

 

nobody knows tyrex Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review