i will try MY bEST ... !! CAYOK2

Wednesday, July 31, 2013

diposkan oleh mya fathira tyrex at 7/31/2013 06:00:00 AM 0 gosip
Subhanallah.. Kuatnya ujian mu ini yaallah.pinta ku siang dn mlm moga kau perkuatkan lah hati kecil ku ini. Sesungguhnya aku bkn lah seorg yg kuat. Hati ku rapuh yaallah. :'(

Thursday, July 25, 2013

2 weeks already

diposkan oleh mya fathira tyrex at 7/25/2013 10:42:00 PM 0 gosip
hari ni...
hari ni aku ingtkan ade lah hari yang agak 'happening' bg aku yelah org kate ape? kan dah masuk gaji

tp aku ni pelik pulak. orang masuk gaji happy. aku ni mcm xde prasaan je.. sobs sobs.. sedeh kn aku ni? ok la ok la. happy la jugak sebab mas dah tunaikan tanggungjawab dia kepada staff dia kan huhu.. tp
tulah sekrg ni dah 2 weeks da puasa. baju raya tade lg? hr tu b4 raya ada la gak g tgk bebaju kat sogo tu dgn nailah.. haha sengeh2 sorang2 aku baju raya dah macam baju nak nikoh pun ade.. liplap sane sini aku nak pakai pun takut. takut org ingt aku nk g nikah hahahaa...annoying betul..
bg aku simple is simply the best..
tp bila di pikirkan sbrnye hr tu ade jgk beli bju kurung 2 pasang. 1 dh pakai sekali, lg 1 tu kurung bese tp x kecikkan lg. haha enth bile la nak pg kecikkn. yela sape suh beli nk kt raye mane de org nk amik tempahan tuh kecikkan baju.. tlg la jgn beri harapan...
sedeyh nye...

baju raya tahun ni x decide lg. kale ape? entah mcm xde prasaan je aku ni, knp ni atin? whats wrong?
hmm.. tuhan je faham ape dlm hati aku ni... :'(
nak kate duit. issue tu xjd mslh pun skrg sbb aku rasa bajet tuk raya cukup.
tp rase mcm unhappy kejap sbb the other half tu cam senyap je. everyday work load dia betambah.
masa tuk aku pun dah kurang.

kdg2 bila aku rasa nak tanya something.. aku fikir smpai 7 8 kali. bukan ape 1. tkut jwpn x d jwb. then aku takut jwpn yg diberikan tu bakal melukakan hati aku yg sgt fragile ni.
so aku amiik keputusan tuk pendamkan aja keinginan dlm hati :'(
tak bukan aku nak sorok ape2 pun.. aku tau.. "klw ada pape jgn pendam bg tau." tp..
bila jd mcm ni aku sndri confuse. nak bg tahu ke tak nak. nak tanya ke tak nak. so aku amik keputusan aku senyap je la wat masa ni.. :(


rindu ini budak tecik.! :'(
i noe actly i miss some one else.




Monday, July 22, 2013

terawih

diposkan oleh mya fathira tyrex at 7/22/2013 10:22:00 PM 0 gosip
entry kali mungkin agak panjang aku membebel,

hari ni aku tidak dapat meluangkan masa disurau disebabkan keuzuran aku. betapa aku rasa sunyi dan bosannya tidak dapat kesurau.

lately aku tau aku rajin ke surau menunaikan sunnat muaakad sempena  di bulan ramadhan ini. tapi aku tahu dalam diam2 aku berjalan kesurau aku membawa satu harapan. harapan yang pada aku dapat menghilangkan segala gundah gulana dalam diri ini. segala kesedihan dlam hati ini...

aku tahu, aku bukan lan sentiasa dekat denganNya.. solat pun kadang2 di akhir waktu dan kadang2 pernah pun terlepas..tp hatiku yakin.. aku akan cuba perbaiki diri aku ini. bila berhadapan dengannya terasa hati aku ni terlalu kerdil berbanding dgn para hemaah yang lain, kadang2 aku mempersoalkan siapakah aku di mataMu yaAllah?

aku cuba berbuat sebanyak kebaikan yang boleh kerana pada waktu itu lah aku boleh menjadi diri ku yang sebenarnya... bagiku bersalaman dengan warga yang lebih tua dariku, bergaul, bermesra sudah memadai. kadang sengaja ja aku hadir awal ke surau walaupun abah tak ikot.. bagiku bentangkan sejadah di surau perempuan sudah membahagiakan hati ku yang sedang sedih.
yaAllah pinta ku kau jauhkanlan kesedihan kepiluan hati ini.. biarlah apa yang aku lakukan ini dapat menampung beratnya isi kebahagian dari kesedian.

setiap kali azan berkumandang, hatiku di landa sebak tak tahu kenapa. kadang2 terdetik siapakah yang akan jadi imam pada diriku nanti. takala teringatkan hal itu terus mengalir airmata, tak mampu aku membendung perasaan ini. terasa sangat jauh... sangat sangat jauh....yaAllah hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ini.

setiap kali doa. kupanjatkan  doa jaga lah dia walau dimana dia berada. kau selamatkanlah dia selama dia tiada disisi ku. walaupun ku tahu mungkin ku diketepikan drnya. tapi berbanding dengan perasaan aku, aku snaggup ketepikan perasaan aku sendri deminya. disebabkan itu aku sanggup menghabiskan banyak waktu di surau dan terasa berat utk pulang kerumah kerana bimbang hati ni masih lagi lemah.

sengaja aku pulang dari surau agak lambat. aku cuba habiskan waktu sebaik mungkin. aku tahu aku bukan seorang yang warak habiskan masaku di surau dengan amal ibadat dan sunnah.. tapi aku cuba mengubati hatiku dengan bersalaman denga para jemaah yang hadir, mengemas apa yang patut, mengemas sejadah dan menyusunnya kembali. sengaja aku bagi laluan kepada oarang tua2 untuk menuruni tangga dahulu. semuanya kerana sengaja.

takkala aku berbuat demikian, aku terjumpa denga senior skolah ku, kak diana... seperti biasa menegurnya dan berbincnag perihal masing2. kawan2 seangkatan dengannya sudah berjaya... kak faatin akib? sudah menjadi pengacara hijabista dah sekarang. kak diana pun sedang mengikuti kursus2 akhirnya di ukm dan aku tahu dia akan berckp tentang mr frozen. kerana mereka belajar di tempat yang sama. mana mungkin ku lupa. kak diana lah yang memulakan kisah itu. segalanya bermula bila mlm pada qiamulai di sekolah . kak diana yang berikan no aku pada mr frozen. cukupla setakat itu. kisah lama buat apa di ungkit.

berjumpa dengat sahabat lama, mardhiah dengan keletah adiknya sarah. masyaAllah.. terubat hati aku dgn keletah anak kecil ini. dalam hati aku pasti berkata seronoknya kalau ada adik kecik mcm ni lagi.. ada teman berbual, ada temn bersenda..yang boleh menbuatkan aku lupa pada segala galanya.. tapi aku tahu tuhan itu maha mengetahui, maha adil dan maha bijaksana. mungkin bukan  rezki keluaragaku untuk memperoleh 1 lagi bilangan ahli keluarga.tapi aku yakin suatu hari nanti bilangan ahli keluaraga ini pasti kan bertambah .
dan aku harap tidak lama lagi.... walaupun aku sndiri tak pasti

aku tahu mesej di hp ku ini mempunyai bnyk mksd tersirat. bila melihat kawan seangkatan, sekolah, sekelas bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. bagi ku tahniah padanya. tahniah kerana berjaya menempuh dugaan bersama. tahniah kerana berjaya mengikat kasih sayang yang suci pada tempatnya. tahniah kerana berjaya membina masjid. aku tahu bukan semua mampu berbuat demikian bahkanku tau semua mempunyai cita2 sedemikian. aku tidak terkecuali.

katanya kunci dalam sesuatu hubungan adalah kesabaran. sabar. sabar dan sabar.
tak lain dan tak bukan sabar. bukan senang menempuh dugaan bersama. sama sama menempuh saat sukar dan duka. sama sama pernah merasai penglaman yang sama.  tapi kesabaran adalah kunci yang pling penting.
"you know what sabar tu miracle tau" aku akur dgan slah satu nasihatnya.
 "go wit him thru thick and thin atin" aku tahu bukan susah dan bukan senang nak melakukan semua ini.
aku harap bukan seorang sahaja begitu bahkan di pihak sna juga begitu,
" yang penting doa selalu" "doa biar dipanjngkan jodoh.. " "yela kita ni hanya merancang tapi sebaik baik perancang dia kan?"  thanks dear friends. doakan kami. doakan kami menjejaki anda. aminn...



sang suami..

diposkan oleh mya fathira tyrex at 7/22/2013 08:37:00 PM 0 gosip




Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya, ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Diamkanlah diri dan tenangkanlah hati.. ISTIGHFAR.. SELAWAT.. 

Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. 
Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. 
Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya akan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia akan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya. Ingat! Bagaimana peribadi isteri, begitulah peribadi suami.. Dia pakaian kita.. Jika buruk dia, maka buruklah kita..
~Tuan Sharul Mizan



-1/2 jam menunggu klinik tak bukak2. x larat nak g tmpt lain.
ttdo dlm keta. smpai 3 klinik pg . doc tade. ape dlm bln puase ni klinik mmg byk ttp ke?
dh la dgn keadaan aku yg tga hormon tak stabil ni. touching sket senang nagis.
nagis nagis nagis, bawak keta nagis je..
nak buat mcm mane dah mmg ppuan dilahirkan dgn hati yang lebut. 
klw kasar habis la lelaki nanti...

Sunday, July 21, 2013

apa yg patut di lakukan ?

diposkan oleh mya fathira tyrex at 7/21/2013 12:49:00 PM 0 gosip
hari berganti
masa berlalu
setiap hela nafas menghabiskan hembusannya
setiap degup jantung menghabiskan degupannnya
terasa masa berlalu terlalu perlahan bila keseoranngan
terasa genggaman tangan di lepaskan...
terasa saya tak mampu melalukaknnya berseorangan....
atau mungkin memang saya seorang telah di biarkan keseorangan selama ini
..........................
sy memang tak mampu untuk melalukan semua ni keseorangan awak....

atau

memang mahukan saya melakukan semua ni berseorangan awak?










badan dah panas.
hidung dah mula selsema......
badan pun dah mula mengomel.....








 

nobody knows tyrex Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review